Bagaimana nak enable fungsi hibernate di windows XP?


Ramai diantara anda yang masih tidak tahu fungsi Hibernate. Hibernate berfungsi untuk mempercepat Windows semasa proses booting. Jika hibernate diaktifkan maka komputer akan melakukan shut down. Walau shut down komputer tetap menyimpan / mengingat semua program apliaksi yang aktif / dijalankan sebelum komputer shut down diakhir fungsi hibernate. Ketika komputer dihidupkan kembali, Windows akan membuka kembali semua program aplikasi yang tadi masih berjalan. Ini kerana Hibernate menyimpan keadaan terakhir di dalam harddisk.
Ikuti langkah-langkah ini untuk mengaktifkan hibernate di windows XP.

1) First klik pada butang "Start" > "Control Panel", klik " Performance and Maintenance " seterusnya klik pada "Power Options"



Satu window "Power Options Properties" dialog box akan terpapar, pilih "Hibernate" tab dan selepas itu tanda kotak "Enable hibernation" untuk enable dan klik "OK" untuk siapkan konfigurasi hibernate.


Setelah siap setting konfigurasi hibernate sila butang "START" dan "Turn off Computer". Windows "Turn off Computer" akan terpapar. Tekan butang "Shift" pada keyboard anda dan pada masa yang sama klik butang "Hibernate".. selesai.



P/s: Sebarang pertanyaan kemukakan diruangan komen.

0 comments:

Post a Comment