Header Ads

Bagaimana feedjit menaikkan trafik blog anda??

Salam semua.. tadi masa layan chat kat YM!, ada member tanya tentang "Feedjit" yang aku letak kat sebelah kanan blog aku tuh. Dia tanya kenapa letak "Feedjit"? Katanya lagi adakah itu sebagai hiasan atau memberi kepentingan kepada blog aku. Aku jawab mula tu memang sebagai hiasan ja. Sekadar aku tengok dari mana pengunjung blog aku datang dan kemana mereka pergi. Tak lebih dari tu. Tapi setelah dikaji memang memberi kepentingan kepada blog aku. Apa yang aku pikir "Feedjit" memberi trafik kepada blog aku semasa pengunjung tiba diblog aku atau selepas pengunjung keluar dari blog aku.

Kenapa aku cakap "feedjit" memberi trafik kepada blog aku. Kesimpulan dia camni seperti yang aku fikir. Apabila pengunjung tiba diblog anda dia akan memaparkan link dari mana dia tiba ke blog ini. Member aku cakap tidakkah itu seperti mengiklankan blog orang lain kat blog aku. Aku cakap tidak. Ini kerana setiap pelawat yang meningglkan blog aku akan meninggalkan alamat blog aku juga pada blog yang akan dia lawati. Jadi tidak memberi masalah kalau aku memberi trafik kepada blog orang tapi harus diingat pada masa yang sama pengunjung juga memberi trafik kepada blog aku kan...

Adat memberi mesti menerima. Member aku tanya lagi.. Kalau blog tu takdak "Feedjit" macam mana pulak?? aku cakap, takyah la nak berharap semua blog ada "feedjit". Blog yang takdak "feedjit" pun kawan-kawan jugak. Tak salah memberi trafik kan.. Member aku kata lagi macam mana nak cari duit kalau trafik slow. Aku cakap, aku buat blog ni sekadar suka-suka. Tak kisah sangat untuk mendapat trafik yang menggila. Dia tanya lagi tentang backlink yang boleh meningkatkan trafik. Aku cakap, untuk mendapat backlink harus dilinkkan blog anda ke blog atau web yang ramai pengunjung. Tak ramai pemilik blog atau web membenarkan backlink anda di web atau blognya.

Dia tanya lagi, Bagaimana nak naikkan ranking blog di google search? aku cakap aku tak pandai bab ranking di google search. Yang tu kena tanya Mr.SEO (search engine optimization) tak kira la di google, yahoo atau MSN.. Yang aku tau pakai ja "feedjit" dan rajin-rajin update blog. Tentu ada pengunjung berminat dengan cerita anda..

Sekian terima kasih.

No comments